Kata sendi ialah perkataan yang berada di hadapan kata nama atau frasa nama bagi merangkaikan frasa nama dengan frasa-frasa yang lain. Kata sendi digunakan untuk menyatakan tempat, arah atau sumber.
- di untuk tempat
- ke untuk tempat/arah yang di tuju, waktu atau masa
- dari untuk menunjukkan arah, tempat dan masa.
- daripada untuk orang, haiwan, benda, asal kejadian dan perbandingan.
- kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk kepada manusia, haiwan, pecahan serta perubahan keadaan.
- pada menunjukkan keterangan waktu/tempat, manusia dan haiwan.
- untuk/bagi menunjukkan kegunaan sesuatu/menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan.
- demi membawa makna tujuan.
- tentang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum.
- seperti/bagai/umpama/laksana membawa maksud perbandingan.
- dengan membawa maksud bersama-sama, beserta, memakai atau menggunakan.
- sejak membawa maksud waktu atau masa.
- terhadap membawa maksud rujukan yang melibatkan manusia, haiwan atau benda.
- akan merujuk kepada manusia dan mesti didahului dengan kata adjektif yang menyatakan perasaan.
- oleh menunjukkan perlakuan pasif yang berawalan di-. dan ter-
- hingga/sampai membawa maksud perihal peringkat/had masa, waktu/tempat.
- dalam/antara ialah kata sendi/kata arah yang membawa maksud lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.