Selamat Datang

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

MUTIARA KATA

BAHASA ITU INDAH

"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak." 

"Barang siapa yang memusuhi orang yang di bawahnya, hilanglah kewibawaannya." 

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai." 

"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."

"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji."

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun sekadar senyuman."

"Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu."

"Harta yang paling menguntungkan ialah sabar. Teman yang paling akrab adalah amal. Pengawal peribadi yang paling waspada ialah diam. Bahasa yang paling manis ialah senyuman dan ibadah yang paling indah ialah khusyuk."

"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia daripada memberi dengan banyak tetapi diiringan dengan riak."

"Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."

"Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya."

"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu."

"Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran."

"Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.

"Akal itu menteri yang menasihati. Hati itu ialah raja yang menentukan. Harta itu satu tamu yang akan berangkat dan kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan."

"Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang."

"Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya."

"Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar."

"Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita."

"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam apa sahaja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukannya."

"Kita dilahirkan dengan dua telinga di kanan dan kiri supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari kedua-dua sisi serta berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan atau memilih mana yang benar dan mana yang salah."

"Kita dilahirkan dengan otak di dalam temgkorak kepala kita sehinggakan semiskin manapun kita, kita tetap kaya kerana tidak akan ada seorangpun yang dapat mencuri otak, fikiran dan idea kita.  Apa yang difikirkan dalam otak kita adalah lebih jauh berharga daripada emas dan perak."

"Kita dilahirkan dengan dua mata dan dua telinga tetapi kita hanya diberi satu mulut kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam. Mulut bisa menyakiti, membunuh, menggoda dan banyak lagi perkara yang tidak menyenangkan sehingga ingatlah untuk berbicara sesedikit mungkin tetapi melihat dan mendengarlah sebanyak-banyaknya."

"Janganlah berputus asa tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan berputus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa."

"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu daripada adab dan pertanyaannya, bukan daripada jawapan-jawapannya."

"Fikirkanlah tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya."

"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar dilautan telah banyak kapal karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari kesesatan di lautan hidup ini."

"Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya."

"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat."