Selamat Datang

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

7 Disember 2011

KATA BANTU


KATA BANTU ASPEK

 Digunakan untuk menimbulkan suasana dan perbezaan masa iaitu sama ada masa lampau, masa ini  atau masa hadapan.

telah
Para pekerja telah diarahkan pulang sebentar tadi.
sudah
Sebelum tidur, Salihah sudah menyiapkan kerja sekolahnya.
baru
Murid-murid itu baru tiba tadi.
pernah
Kakak saya pernah mengajar di negeri Sabah.
sedang
Kamal sedang mendengar lagu.
masih
Kejadian itu berlaku ketika saya masih kecil lagi.
akan
Marina akan ke sana secepat mungkin yang boleh.
mula
Kapal terbang mula bergerak setelah mendapat arahan.
belum
Buah durian itu belum gugur lagi.

KATA BANTU RAGAM

Bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan.

hendak
Abang hendak pergi kerja.
mahu
Farhanah dan rakan-rakannya mahu belajar secara berkumpulan.
harus
Awak harus berhati-hati apabila hendak menyeberangi sungai itu.
mesti
Sebelum keluar dari bilik darjah, awak mesti memakai pas keluar.
boleh
Kita boleh ke sana dengan berjalan kaki sahaja.
dapat
Dari raut wajahnya, saya dapat tahu masalahnya.
enggan
Salina enggan memakai baju itu kerana terlalu jarang.
patut
Dia patut datang hari ini juga.
mungkin
Mereka mungkin lambat balik hari ini.

5 Disember 2011

KATA HUBUNG

 
KATA HUBUNG


Kata hubung ialah kata penyambung ayat yang menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat. Kata hubung digunakan untuk menggabungkan dua binaan ayat, klausa dan frasa bagi membentuk ayat majmuk.

KATA HUBUNG GABUNGAN


dan
 Kamal dan Kamarul ialah adik-beradik.
atau
Pilih yang mana satu yang awak minat, bola sepak atau bola tampar.
tetapi
Aiman bukan sahaja cerdik tetapi aktif dalam bidang sukan.
serta
Kakak memeluk adik serta membelai rambutnya.
lalu
Penonton itu bangun lalu bertepuk tangan.
malahan
Bukan sahaja Encik Amran yang pemurah malahan isterinya juga seorang yang dermawan.
sambil
Zalilah menyanyi sambil menari.
kemudian
Sampah itu dipungutnya kemudian dimasukkannya ke dalam tong sampah.

KATA HUBUNG PANCANGAN


yang
Budak yang membaca buku itu adik saya.
bahawa
Ibu itu menjelaskan bahawa anaknya sangat baik.
kerana
Hazril sering dipuji kerana rajin dan baik hati.
sekiranya
Perlawanan bola sepak itu terpaksa ditangguhkan sekiranya hari hujan.
kalau
Kalau awak ada masa, singgahlah ke rumah saya.
hingga
Maisarah telah menunggu dari pagi hingga petang.
sementara
Sementara menanti bas,  Iskandar membaca buku cerita.
ketika
Zailan memasuki rumah itu ketika tiada sesiapapun di dalamnya.
walaupun
Walaupun hari hujan, dia tetap juga ke sekolah.
agar
Saya berharap agar awak berjaya dalam temuduga itu.
semoga
Encik Samsul sentiasa berdoa semoga keluarganya sentiasa selamat.
setelah
Penonton  pun bersurai setelah perlawanan bola sepak itu selesai.
untuk
Duit syiling itu dikumpulkan untuk dana kebajikan pesakit di hospital.
manakala
Kasut Amin bersih manakala kasut adiknya kotor.
apabila
Mukanya pucat apabila disoalsiasat oleh pihak polis.
sejak
Saya berkawan dengannya sejak di bangku sekolah lagi.
semasa
Semasa kami tiba di rumah, mereka telah tiada.
andai kata
Kami akan merayu andai kata permohonannya ditolak.
jikalau
Mereka akan berlatih jikalau mempunyai masa lapang.
tatkala
Tatkala hujan turun, mereka masih bermain bola sepak di padang.

KATA HUBUNG BERPASANGAN


baik…….mahupun
Baik murid lelaki mahupun murid perempuan, semuanya mesti mematuhi disiplin yang telah ditetapkan.
bukan sahaja…….tetapi juga
Membaca bukan sahaja penting untuk murid-murid tetapi juga untuk orang dewasa.
jangankan……pun
Jangankan dia , saya pun belum pasti dapat melepasi halangan itu.
semakin…..semakin
Semakin lama semakin besar kepala budak ni.
sedangkan….apatah lagi
Sedangkan lidah lagikan tergigit apatah lagi kita adik-beradik yang tidak lepas daripada bertegang leher.
sungguhpun….namun
Sungguhpun merokok membahayakan kesihatan, namun masih ramai pelajar yang menghisapnya.