Selamat Datang

Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

25 November 2011

Kata Sendi

Kata sendi ialah perkataan yang berada di hadapan kata nama atau frasa nama bagi merangkaikan frasa nama dengan frasa-frasa yang lain. Kata sendi digunakan untuk menyatakan tempat, arah atau sumber.

  1. di untuk tempat
  2. ke untuk tempat/arah yang di tuju, waktu atau masa
  3. dari untuk menunjukkan arah, tempat dan masa.
  4. daripada untuk orang, haiwan, benda, asal kejadian dan perbandingan.
  5. kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk kepada manusia, haiwan, pecahan serta perubahan keadaan.
  6. pada menunjukkan keterangan waktu/tempat, manusia dan haiwan.
  7. untuk/bagi menunjukkan kegunaan sesuatu/menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan.
  8. demi membawa makna tujuan.
  9. tentang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum.
  10. seperti/bagai/umpama/laksana membawa maksud perbandingan.
  11. dengan membawa maksud bersama-sama, beserta, memakai atau menggunakan.
  12. sejak membawa maksud waktu atau masa.
  13. terhadap membawa maksud rujukan yang melibatkan manusia, haiwan atau benda.
  14. akan merujuk kepada manusia dan mesti didahului dengan kata adjektif yang menyatakan perasaan.
  15. oleh menunjukkan perlakuan pasif yang berawalan di-. dan ter-
  16. hingga/sampai membawa maksud perihal peringkat/had masa, waktu/tempat.
  17. dalam/antara ialah kata sendi/kata arah yang membawa maksud lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.

23 November 2011

Penggunaan Kata Adjektif

  • Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.
  • Kata adjektif digunakan untuk menerangkan keadaan sesuatu benda, tempat, orang dan   sebagainya.
  • Kata adjektif boleh didahului atau diikuti dengan kata penguat seperti ter-, amat, sungguh, paling dan  sekali.
  • Kata adjektif boleh juga didahului oleh kata bantu seperti masih, dapat dan akan.
  • Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis,  iaitu :-
  1. Kata adjektif sifatan - baik, nakal, berani, penakut.
  2. Kata adjektif warna  - biru, hijau, kuning, merah.
  3. Kata adjektif ukuran - pendek, rendah, tinggi, rendang.
  4. Kata adjektif bentuk - pipih, bulat, bujur.
  5. Kata adjektif jarak - dekat, jauh, hampir
  6. Kata adjektif cara - selalu, mahir, selalu.
  7. Kata adjektif perasaan - rindu, sayang, marah, berang
  8. Kata adjektif pancaindera - manis, pahit, masin, tawar.
  9. Kata adjektif waktu - sekarang, dulu, kini, silam