KATA HUBUNG
Kata hubung ialah kata penyambung ayat yang menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat. Kata hubung digunakan untuk menggabungkan dua binaan ayat, klausa dan frasa bagi membentuk ayat majmuk.
KATA HUBUNG GABUNGAN
dan
|
Kamal dan Kamarul ialah adik-beradik.
|
atau
|
Pilih yang mana satu yang awak minat, bola sepak atau bola tampar.
|
tetapi
|
Aiman bukan sahaja cerdik tetapi aktif dalam bidang sukan.
|
serta
|
Kakak memeluk adik serta membelai rambutnya.
|
lalu
|
Penonton itu bangun lalu bertepuk tangan.
|
malahan
|
Bukan sahaja Encik Amran yang pemurah malahan isterinya juga seorang yang dermawan.
|
sambil
|
Zalilah menyanyi sambil menari.
|
kemudian
|
Sampah itu dipungutnya kemudian dimasukkannya ke dalam tong sampah.
|
KATA HUBUNG PANCANGAN
yang
|
Budak yang membaca buku itu adik saya.
|
bahawa
|
Ibu itu menjelaskan bahawa anaknya sangat baik.
|
kerana
|
Hazril sering dipuji kerana rajin dan baik hati.
|
sekiranya
|
Perlawanan bola sepak itu terpaksa ditangguhkan sekiranya hari hujan.
|
kalau
|
Kalau awak ada masa, singgahlah ke rumah saya.
|
hingga
|
Maisarah telah menunggu dari pagi hingga petang.
|
sementara
|
Sementara menanti bas, Iskandar membaca buku cerita.
|
ketika
|
Zailan memasuki rumah itu ketika tiada sesiapapun di dalamnya.
|
walaupun
|
Walaupun hari hujan, dia tetap juga ke sekolah.
|
agar
|
Saya berharap agar awak berjaya dalam temuduga itu.
|
semoga
|
Encik Samsul sentiasa berdoa semoga keluarganya sentiasa selamat.
|
setelah
|
Penonton pun bersurai setelah perlawanan bola sepak itu selesai.
|
untuk
|
Duit syiling itu dikumpulkan untuk dana kebajikan pesakit di hospital.
|
manakala
|
Kasut Amin bersih manakala kasut adiknya kotor.
|
apabila
|
Mukanya pucat apabila disoalsiasat oleh pihak polis.
|
sejak
|
Saya berkawan dengannya sejak di bangku sekolah lagi.
|
semasa
|
Semasa kami tiba di rumah, mereka telah tiada.
|
andai kata
|
Kami akan merayu andai kata permohonannya ditolak.
|
jikalau
|
Mereka akan berlatih jikalau mempunyai masa lapang.
|
tatkala
|
Tatkala hujan turun, mereka masih bermain bola sepak di padang.
|
KATA HUBUNG BERPASANGAN
baik…….mahupun
|
Baik murid lelaki mahupun murid perempuan, semuanya mesti mematuhi disiplin yang telah ditetapkan.
|
bukan sahaja…….tetapi juga
|
Membaca bukan sahaja penting untuk murid-murid tetapi juga untuk orang dewasa.
|
jangankan……pun
|
Jangankan dia , saya pun belum pasti dapat melepasi halangan itu.
|
semakin…..semakin
|
Semakin lama semakin besar kepala budak ni.
|
sedangkan….apatah lagi
|
Sedangkan lidah lagikan tergigit apatah lagi kita adik-beradik yang tidak lepas daripada bertegang leher.
|
sungguhpun….namun
|
Sungguhpun merokok membahayakan kesihatan, namun masih ramai pelajar yang menghisapnya.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan